Wednesday, 6 July 2016

Dua Perkara yang perlu anda tentang ASB Financing

Dua perkara yang perlu anda alert dalam melakukan pembiayaan ASB yang memungkinkan anda mengalami kerugian sekiranya mengalami masalah atau terpaksa cancel pinjaman @ pembiayaan ASB terlalu awal atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
  1. Lock in period (sekarang kebanyakan bank tidak mempraktikkan penalty ini untuk loan @ pembiayaan ASB. 
  2. Tenure takaful . Kena memahami jika anda mengambil tempoh perlindungan ASBRTT @ PRTT yang panjang atau mengikut tempoh maximum pembiayaan contohnya 30 tahun, maka premium anda juga turut menjadi mahal . Bila premium mahal dan dimasukkan dalam pembiayaan , maka installment bulanan anda juga pasti akan turut meningkat . Bila premium mahal , maka agent fee @ wakalah fee juga akan jadi mahal . Kena ingat, agent fee ini burn pada peringkat awal lagi . Maka jika anda cancel pembiayaan sebelum dapat cover principal atas agent fee tersebut , Akan berlaku lost pada anda. 

Kalau dulu mungkin kebanyakan bank mewajibkan tempoh takaful perlu sama dengan tempoh pembiayaan. Sekarang sebenarnya bank sudah lebih flexible dengan Ada yang memberi option tidak meletakkan kewajipan untuk ambil takaful tersebut, tetapi Bagi saya harus diambil tetapi Bagi saya cukuplah sekadar 5tahun - 10tahun perlindungan kerana dapat premium yang jauh lebih rendah dan agent fee yang kecil. Waktu lakukan pembiayaan anda, maklumkan kepada mereka . Kalau mereka tidak Bagi , anda masih ada pilihan lain . Anda boleh ambil sampai 30 tahun sekiranya memang anda nak buat ASB Financing tu sampai habis bayar 30 tahun. Jadilah pelabur yang bijak .

-KEY-

Tuesday, 28 June 2016

Siko Apai ngambi 10k Asb financing

Siko apai ti br BC anak siko bergaji enda besai, cukup empa meh ko iya.
Ka myimpan kna anak iya sekula jemah Ila.

Aku consult ya ambi RM10ribu dulu meh kaban tahun depan tau nambah ka baru mimit.

RM10ribu Asb Loan
Sebulan RM55
10 thn = 10k cash dalam Asb ya. 😃God bless his investment.😃

Siko Apai ngambi 10k Asb financing

Total assest ya RM20k.

Anang irau nnuan kaban investment nn nua dicover takaful@inusrance.

If you have better option don't blame other, prove it, 😃
Stop complaining start compounding.😉

JefferyAbatMaramat.com

‪#‎WealthConsultant‬

Email : pa@jefferyabatmaramat.com
WhatsApp : 011-1262-1024

Posted by Jeffery Maramat on Monday, June 20, 2016

Sunday, 19 June 2016

Base Rate Dan ASB Financing

Tak takut ke bila Buat ASB Financing, IBR naik , dividen turun? Lebih baik simpan sendiri biasa dalam ASB, lagi untung ?

Saya jawab guna fact & figure.

Base Rate Dan ASB Financing


Sekarang Effective profit rate atas pembiayaan ASB diantara 5.0% - 5.2% dan dividen ASB tahun 2015 tidak termasuk bonus adalah 7.25% .

Saya ingin Bagi satu contoh situasi dimana BR naik mendadak menjadikan effective profit rate meningkat kepada 6% dan dividen ASB menurun kepada 7%.

ASB Financing = RM200,000
Tempoh pembiayaan = 30 tahun
Profit rate bank = 6%
Installment bulanan = RM1,200
Teknik = Terkumpul @ Compounding
Dividen ASB setahun = 7%
Target hasil = 3 tahun


Dividend compounding 3 tahun @ 7% setahun = RM45,000✅

Jual semula Sijil ASB selepas 3 tahun = Sijil RM200,000 - Balance outstanding RM192,200 = RM7,800✅

Total hasil 3 tahun = RM52,800✔

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Sekarang kita lihat pula bagaimana mereka yang lakukan simpanan biasa di dalam ASB dengan komitmen bulanan yang sama RM1,200 untuk mendapatkan hasil yang sekurang-kurangnya sama selepas 3 tahun dengan jumlah RM52,800.


Target hasil = 3 tahun
Komitmen Simpanan bulanan dalam ASB = RM1,200
Dividen ASB setahun = 13.46%
Dividen Compounding = 3 tahun
Hasil selepas 3 tahun = RM52,800✔

Kesimpulannya . Walaupon dalam keadaan situasi dimana IBR bank meningkat dan dividen ASB jatuh, nak dapatkan hasil yang sama kena harapkan Dividen ASB setahun 13.46% melalui simpanan biasa dalam ASB. Persoalannya .BOLEH DAPAT KE 13.46% tu?

-KEY-

Wednesday, 15 June 2016

Pelaburan Unit Trust dari sudut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara

Tahukah anda apabila melabur dalam unit amanah/unit trust pelaburan anda dijamin oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara?

Jaminan ini bukanlah bermaksud jaminan keuntungan..

Jaminan yang dimaksudkan ialah jaminan dari sudut undang undang bahawasanya pelaburan yang dilakukan oleh syarikat syarikat pengurusan unit amanah yang anda laburkam mengikut lunas undang undang..Ini juga memberi jaminan wang yang anda laburkan tanpa ada risiko wang itu akan diseleweng oleh mana mana pihak..

Malah jika anda melabur di dalam unit amanah patuh syariah ia dijamin patuh syariah oleh para penasihat syariah yang bertauliah..

Jangan terpengaruh dengan dakyah @ ajaran sesat yang mengatakan syarikat pengurusan yang kecil tiada jaminan akan terus kekal lama maka pilihlah syarikat pengurusan yang lebih besar dan popular..

Jika syarikat itu besar - yes itu fakta
Jika syarikat itu kecil - yes itu juga fakta

Tapi jika nak kata syarikat besar lagi untung dari syarikat kecil atau syarikat kecil ada risiko tutup - ini bukan fakta tapi auta..

Belum pernah ada kes syarikat unit amanah/trust yang bangkrap dan duit pelabur hilang begitu sahaja.


Pelaburan paling berharga adalah 'MELABURLAH DENGAN ILMU'

Elakkan membuat keputusan berdasarkan sentimen,emosi,cakap cakap ahli mesyuarat tingkap,penasihat tak bertauliah dan sebagainya..

SELAMAT MELABUR
MOHD AZRIK BIN SAPEE
GROUP AGENCY MANAGER M.A.S AGENCY
PMB INVESTMENT / PELABURAN MARA

Monday, 13 June 2016

Tips Memilih Jenis Pelaburan

Dengan mengambil kira faktor inflasi & time value of money (TVM) selalu lah kita mendengar ada baiknya kita melabur untuk meningkatkan nilai & jumlah wang kita. Tapi bila dah nak melabur, tak tahu pulak nak melabur kat mana?


Secara amnya terdapat dua kategori utama pelaburan iaitu real assets & financial assets.
  1. Real assets - Aset  yang wujud & nyata (dapat dilihat,disentuh dan dimanfaatkan secara langsung). Contoh real assets ini ialah rumah, peralatan, barang kemas, inventori & artwork.
  2. Financial assets – Aset yang dimiliki sebagai simpanan jangka panjang, yang akan digunakan di masa yang akan datang. Contoh ialah bonds, stok dan unit amanah.

Sebelum membuat pilihan kita perlu mengambil kira beberapa perkara

✔ Tahap toleransi anda terhadap risiko pelaburan
Ada orang yang tak kisah dengan risiko tinggi asalkan dapat pulangan yang tinggi & ada orang yang suka risiko yang rendah walaupun pulangannya pun rendah. (High risk = High Return vs Low Risk = Low Return)

✔ Apakah matlamat kewangan anda? Adakah anda melabur untuk dapatkan keuntungan segera ? untuk tabung persaraan ? atau untuk passive income ?

✔ Pendapatan kita ketika melabur ? Lebih tinggi pendapatan maka lebih tinggi jumlah yang boleh dilaburkan.

✔ Melabur lah dengan ILMU? Dapatkan maklumat secukupnya mengenai pelaburan yang bakal anda pilih.  Jangan lah kita melabur ikut perasaan dan naluri. Sebagai contoh jika anda ingin melabur dalam unit amanah, pastikan anda tahu jenis unit amanah dan syarikat yang menguruskan unit amanah itu. Ketahui sejarah prestasi dana dan buat beberapa perbandingan antara dana-dana yang lain. Kalau dah tak larat nak research tu carilah consultants atau ejen unit amanah yang bagus & boleh dipercayai. Dia orang ni lebih arif & lebih update pasal prestasi dana-dana.

✔ Pernah dengar tak istilah “don’t put all your eggs in one basket”? Dalam konteks pelaburan ini bermaksud melaburlah dalam lebih daripada satu produk pelaburan. Ini adalah bertujuan mengurangkan risiko seandainya sesuatu produk yang anda pilih mengalami penurunan prestasi.

✔ Kecairan? Contoh kalau anda memerlukan wang pada jangka masa yang pendek (2-3 bulan) anda mungkin lebih baik masukkan wang anda kedalam deposit bank yang lebih mudah dicairkan berbanding bonds.

✔ Umur juga faktor penting kerana ia menentukan berapa peratusan yang dimasukkan ke instrumen agresif atau konservatif. Contoh kalau 5 tahun lagi nak bersara , kita mungkin lebih kepada instrumen yang lebih konservatif.

✔ Akhir sekali jangan lah terjebak dalam SKIM CEPAT KAYA. SCAMs ni banyak muncul setiap tahun selalunya bertopengkan “background story” yang sangat menarik tetapi semuanya mempunyai satu matlamat yang sama iaitu memisahkan anda dengan wang kesayangan anda.

- JOM MULAKAN PELABURAN -

Thursday, 26 May 2016

Tip pelaburan dari Jehan Miskin

  1. Pay yourself first, laburkan untuk diri sendiri dahulu sebelum berbelanja untuk perkara lain;
  2. Melabur untuk jangka panjang, baru nampak kesannya kuasa pelaburan;
  3. Ia bukan mengenai jumlah pendapatan yang kita terima, tetapi berapa banyak yang mampu kita laburkan dan
  4. Mengenai pelaburan dalam hartanah, jangan menunggu untuk membeli, tetapi beli dan tunggulah kerana nilainya akan meningkat.
"Bagi saya, unit amanah ASB ini sangat istimewa. Yang hebat mengenai keluarga Jehan Miskin adalah beliau menpunyai seorang kakak yang bekerja di WALL STREET. Menurut kakak saya, Faiznur Miskin yang bertugas di Wall Street, kita tidak akan menemui pelaburan seperti ASB, yang berharga tetap dan mampu memberi pulangan konsisen, dimana-mana tempat lain di dunia. Jika adapun, ia merupakan deposit tetap yang memberi pulangan yang rendah.

Pandangan kakak saya itu memberi kesedaran kepada saya untuk terus melabur dengan ASB.

Impian saya ialah bersara dengan selesa" - Jehan Miskin, pelakon, pengarah dan pemilik syarikat produksi, Mastermind Group Sdn Bhd