Thursday, 26 May 2016

Tip pelaburan dari Jehan Miskin

  1. Pay yourself first, laburkan untuk diri sendiri dahulu sebelum berbelanja untuk perkara lain;
  2. Melabur untuk jangka panjang, baru nampak kesannya kuasa pelaburan;
  3. Ia bukan mengenai jumlah pendapatan yang kita terima, tetapi berapa banyak yang mampu kita laburkan dan
  4. Mengenai pelaburan dalam hartanah, jangan menunggu untuk membeli, tetapi beli dan tunggulah kerana nilainya akan meningkat.
"Bagi saya, unit amanah ASB ini sangat istimewa. Yang hebat mengenai keluarga Jehan Miskin adalah beliau menpunyai seorang kakak yang bekerja di WALL STREET. Menurut kakak saya, Faiznur Miskin yang bertugas di Wall Street, kita tidak akan menemui pelaburan seperti ASB, yang berharga tetap dan mampu memberi pulangan konsisen, dimana-mana tempat lain di dunia. Jika adapun, ia merupakan deposit tetap yang memberi pulangan yang rendah.

Pandangan kakak saya itu memberi kesedaran kepada saya untuk terus melabur dengan ASB.

Impian saya ialah bersara dengan selesa" - Jehan Miskin, pelakon, pengarah dan pemilik syarikat produksi, Mastermind Group Sdn Bhd

Friday, 20 May 2016

Embih Bayar Motosikal Lalu ngaga Simpanan ASB

Received a call from >> A FATHER OF THREE SONS <<

WANT To save few thousand but no more option where to korek money to save.
Talk2. He said got motosikal an old one abis byr this months. Ya madah ulih save penyampau RM200 sbln.


What? That is good enough for him to start.

Aku consult iya ngambi loan asb penyampau RM30000. Udah 10 tahun BC penyampau rm30ribu ba buku Asb nn.

Keni ka apply jang,. ( manah amai kangau uncle tok)

Tajapan anak nn nadai slip gaji nn nyadi CO joint applicant.

Cun apply RM10k siko 2 loan.

Sebulan rm55 x 3 = 165.

>> for info if you invest money in Asb take almost 9-10 for it to double.<<

Ok set ko ya. Tq jang.

_ congratz apai tiga iko anak_

Bc rm30 ribu kna sekula

JefferyAbatMaramat.com
‪#‎WealthConsultant‬
Email : pa@jefferyabatmaramat.com
WhatsApp : 011-1262-1024

Thursday, 19 May 2016

BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT

Kata2 orang berpengalaman memang besar maknanya...macam ungkapan biasa tetapi penuh makna... bukannya mereka tak mahu cepat sampai ke destinasi yang nak di tuju... tetapi keselamatan jauh lebih penting dari itu.

BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT


Konsep yang sama kita boleh gunakan dalam pelaburan... ramai yang kata pulangan setahun sekali amat lambat.. dan pulangan hanya sekitar purata 3%~15% setahun terlalu sedikit... kalau bijak pon boleh dapat 30%~40% setahun sahaja... sebab itu mereka lebih tertarik dengan skim2 yang menjanjikan pulangan 100% dalam masa kurang 4 bulan...

Sebenarnya saya tak nak kupas bab ini disebabkan saya bukan mahir dalam mengenal skim2 ponzi(skim cepat kayap)... malangnya bilangan scammer terus meningkat... bilangan mangsa pon turut meningkat... orang sekeliling saya sudah ramai yang mula bertanya dan berjinak2... dan yang menariknya mereka memberikan wang hasil titik peluh mereka kepada orang lain hanya dengan jaminan kepercayaan sahaja...

Sebab itu saya selalu berpesan kepada semua, 2 sifat yang kita perlu ada ialah bijak dan jujur... jika tiada salah 1, anda akan menjadi pemangsa atau pon mangsa...

Pemangsa = bijak tetapi tak jujur...
Mangsa= jujur tetpi tidak bijak...

Berbalik pada skim2 yang terhebat ini.. antara 7 ciri yang kita boleh lihat...
  1. Jaminan 100% modal dan tiada risiko untuk rugi...
  2. Menjanjikan pulangan sangat tinggi dan pulangan tetap dalam sesuatu tempoh masa...
  3. Mendapat komisyen jika memperkenal atau mengajak rakan2 turut bersama...
  4. Tidak melakukan peniagaan sebenar hanya mengumpul dana dari yuran ahli/pelaburan ahli...
  5. Tiada kuasa/autoriti untuk mengambil/mengumpul wang dari orang awam..
  6. Syarikat tiada kawalan selia dari bank negara/suruhanjaya sekuriti malaysia...
  7. Syarikat baru ditubuhkan, kurang dari 5 tahun..


Harap kita semua HATI-HATI... trending sekarang adalah skim forex(bukan forex trading)... melaburlah dengan ilmu... bukan atas dasar nafsu,rasa dan percaya... biar lambat asal selamat...


~Az Har~

Monday, 16 May 2016

DIFFERENT BETWEEN Investor and Saver





So , from our observations , both methods have advantages and disadvantages. The main problem for self storage is a matter of discipline actually want to keep . But in this day and age , this reason no longer relevant . If the first , perhaps the reason lazy to queue up at the bank can be the cause of your problem to make investments ASB example . But in this Internet age , everything is at your fingertips. You can now make payments for Maybank 2u ( CIMB Clicks only allow only conventional accounts , Islamic accounts are not permitted ) to save your money ASB own account . So , no problem , right?

Langsaikan Hutang PTPTN Melalui EPF

Ramai lagi belum tahu rupanya bahawa semakin banyak pemohonan pinjaman tidak berjaya disebabkan tunggakkan PTPTN.


Syarat-Syarat Bagi Ahli Untuk Tujuan Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Pendidikan
Ahli layak sekiranya.
  1. Pinjaman Pendidikan dibuat dengan Institusi Kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA), Bank Rakyat, JPA, MARA, PTPTN, Yayasan Negeri, Yayasan Pendidikan Negeri, MIED, Yayasan Tenaga Nasional, Yayasan Telekom Malaysia / TMB, Petronas, Yayasan Biasiswa Tun Sambanthan, Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau mana-mana institusi yang diluluskan oleh KWSP termasuk pinjaman Pendidikan di antara majikan dengan pekerja (pelajar) untuk membiayai pengajian pekerja (pelajar) sahaja; DAN

  2. Perjanjian Pinjaman Pendidikan dibuat atas nama Pelajar atau ibu/ bapa pelajar atau kedua-duanya serta perjanjian tersebut mestilah ditandatangani pada atau selepas tarikh kuatkuasa perlaksanaan pengeluaran berdasarkan peringkat pengajian (sekiranya perjanjian atas nama ibu atau bapa, ahli (ibu atau bapa mestilah merupakan peminjam tersebut.); DAN

    Nota: Pelajar merujuk kepada ahli atau anak ahli (ahli tidak semestinya pelajar)

  3. Ahli / anak ahli mestilah sedang mengikuti pengajian atau telah berjaya menamatkan pengajian tersebut; DAN

  4. Kursus pengajian yang dibenarkan di bawah pengeluaran ini.

Cara Membayar Baki Pinjaman PTPTN Menggunakan EPF Akaun 2.

  1. Semak jumlah Akaun 2 anda dengan cara online atau cetak penyata di kiosk epf berhampiran
  2. Pergi ke kaunter PTPTN dengan membawa "Surat Akur Janji" & semak baki pinjaman semasa (boleh reprint charge RM90 kalau hilang)
  3. Berdasarkan jumlah epf akaun 2 anda, pilih sama ada hendak buat penyelesaian penuh atau sebahagian dahulu
  4. Pegawai PTPTN akan buat satu surat kepada KWSP
  5. Dalam masa 14 hari bekerja pihak PTPTN akan menghubungi anda untuk mengambil surat itu
  6. Bawa surat itu ke KWSP bersama satu(1) salinan "Surat Akur Janji" & satu(1) salinan sijil diploma/ijazah anda (Ingat bawa yang original juga)
  7. Dalam seminggu anda akan dimaklumkan melalui surat / email / sms memberitahu permohonan anda berjaya

*** Sila betulkan kalau ada kesilapan atau pembaharuan prosedur

Sunday, 15 May 2016

4 Sebab Kenapa Kita Tidak Bertindak

Tidak tahu mahu bermula di mana.
Tidak tahu ruang masa bertindak.
Tidak tahu berapa yang mahu dikumpul.
Tidak tahu apa yang pertama patut dilakukan.

Akhirnya, azam hanya tinggal azam, sedar tinggal sedar, tahu tinggal tahu.
Bersedia untuk fokuskan tenaga dan masa dalam tiga hingga lima tahun ini. Ini tempoh yang penting tentang masa depan kita. Masa adalah sangat, sangat, sangat singkat. Katakan pada diri sendiri:
”Saya perlu berubah. Berubah mengundang peluang. Berubah cepat, mengundang peluang yang cepat.”

4 Sebab Kenapa Kita Tidak Bertindak

Langkah Pertama !
#1 – Tahu Di Mana Mahu Bermula
Ambil sehelai kertas kosong. Senaraikan semua harta yang ada. Mula-mula, tulis di atas kertas, semua simpanan tunai yang ada. Kemudian tuliskan semua harta yang ada, berapa nilai rumah, berapa nilai ekar tanah, berapa nilai emas, berapa nilai saham, berapa nilai perniagaan yang diusahakan sekarang. Semakin banyak, semakin bagus. Jika tidak ada, tidak mengapa. Jumlahkan, dan tuliskannya besar-besar. Jika mahu, tuliskan semua hutang dan tanggungan pula! Ya jumlahnya tuliskan besar-besar. Baik, letak jari telunjuk di dahi, sambil melihat angka yang besar tadi berkatalah pada diri sendiri, ”Di sini aku bermula!”

#2 – Tahu Ruang Masa Tindakan
Sekali lagi, ambil sehelai kertas kosong. Tuliskan umur kita mahu bebas kewangan. Jangan tulis pada umur 58 tahun. Itu umur pencen, sekian. Tolakkan dengan umur kamu sekarang. Jawapannya tulis besar-besar. Contoh; 45 (umur mahu bebas kewangan) – 35 (umur sekarang) = 10 tahun.
Sekali lagi letakkan jari telunjuk di dahi, berkatalah sambil melihat angka yang besar itu, ”Inilah masa untuk bertindak!”

#3 – Berapa Jumlah yang Mahu Dikumpul
Ambil sehelai kertas lagi. Tuliskan perkara ini. Katakanlah, kita akan hidup sihat sehingga 70 tahun. Katakanlah juga, dengan gaya hidup sederhana mewah, kos hidup anda ialah RM90,000 setahun. Umur persaraan kita adalah 70 – 45 (umur bebas kewangan tadi) ialah 30 tahun. Maka tuliskan kos hidup setahun tadi, darab dengan 30 tahun iaitu (RM90,000 X 30) = RM2,700,000. Tuliskan angka jawapan itu besar-besar. Ini adalah contoh, sesuaikan dengan jangkaan kos hidup masing-masing. Buat kali terakhir letakkan jari telunjuk di dahi, berkatalah sambil menyebut angka jawapan tadi,
“Aku perlu kumpulkan RM2.7 juta untuk bebas kewangan!”

#4 – Tahu Tindakan Pertama yang Perlu Dilakukan
Maka sekarang sudah jelas tanpa perlu bersuluh:
Saya ada bekal RM1200 sahaja simpanan tunai.
Saya ada masa 10 tahun untuk bertindak.
Saya perlu mengumpul RM 2.7 juta.

Maka, mengapa tunggu esok untuk bermula? Kita tidak ada banyak masa lagi. Berhenti buang masa. Berhenti mengeluh. Jika orang lain boleh lakukannya, mengapa tidak kita? Mari mula berniaga. Mari cari peluang. Bebas kewangan seperti larian olahraga. Garis mula sudah sangat jelas. Baiklah, tembak mula akan berbunyi, mari lari laju. Lebih laju lebih bagus. Jumpa lagi nanti.

C/p : Nak Bisnes

Tuesday, 10 May 2016

ASB financing ganggu pinjaman lain?

Antara kerisauan pada pelabur ASB melalui financing ialah
  • Masuk komitmen atau tidak
Semua pinjaman akan masuk dan appear dalam report CCRIS. Biasa kita dengar ada banker yang cakap "ASB ni income, tidak ganggu CCRIS". Penerangan itu adalah tidak benar, ianya akan masuk tetapi, untuk mendapat kelulusan pinjaman lain seperti perumahan, pendapatan dari ASB dan surat tawaran hendaklah dilampirkan untuk membuktikan komitmen tersebut adalah colateral bawah kod 23 (ASB) barulah pihak bank boleh buat mitigation keatas income yang diperoleh. Memang bank yang proses ASBF akan buat. Melainkan pemohon tidak lampirkan atau officer terlepas pandang.


  • Kacau DSR ke
Kalau masuk dalam CCRIS, instalment bulanannya akan dikira 100% dalam kiraan komitmen / DSR. Namun selepas setahun, pendapatan 7%(berbeza ikot bank) akan dipuratakan selama 12 bulan untuk kiraan pendapatan bulanan. Secara realitinya ini akan memperbaiki kiraan DSR tersebut. Namun jangan lupa, DSR bukan dikira dari ASB sahaja, semua instalment dari pinjaman Fi( Financial instituition) dikira termasuk kereta, pinjaman peribadi, kredit kad, hutang AEON credit. Terbaru PTPTN. Jadi perhatikan pemberat ini secara menyeluruh dan bukan sekadar ASB sahaja. Default payment juga penyumbang kepada pinjaman ditolak.
  • Risikonya
  1. Kenaikan BR dan penurunan Dividen. Kalau rumah, anda perlu mencari buyer untuk liquidkan value rumah tersebut namun ASB financing liquid, kalau betul ini berlaku, boleh buat termination dan pembatalan sijil sahaja dimana mana cawangan.
  2. Penalti - hanya pinjaman konvensional ASB yang dikenakan penalti jika pembatalan dibuat sebelum tempoh lock period. Islamic tiada apa-apa penalty cuma kalau pembatalan terlalu awal, shortfall takaful akan berlaku. Jadi pilihlah tempoh takaful pinjaman mengikut tempoh perancangan kewangan anda.
Jadi kesemua persoalan dan faktor diatas adalah dibawah kawalan sendiri. Jadi fahami dan susunlah perjalanan kewangan supaya tidak tersontot ditengah jalan. Apa yang saya kongsi adalah mojoriti perkara yang pernah saya lalui sendiri dan sebahgian lain adalah konsep dalam pembiayaan sendiri. Tujuan sekadar untuk orang ramai tahu konsep dan situasi sebenar supaya anda lebih cekap dimasa akan datang.

Kredit: fb hafiz hazmi

Monday, 9 May 2016

DIFFERENT BETWEEN ASB Loan and Property

DIFFERENT BETWEEN ASB Loan and Property

Let's say you get a corn everyday, saver will be people who put their corn under their bed or a shed that is guarded by his uncle (uncle name is BUNYAU), just to make sure they have something to eat if one day they need the corn.

DIFFERENT BETWEEN ASB Loan and Property



Investor are different, they demand more, they will find a way to plant the corn, water and fertilize them, they face certain amount of risk, the crop can be infected by pest, they may not be able to harvest them.
But through careful care, using fertilizer, and also their knowledge about corn, the may be able to harvest more corn from that one corn they decided to plant (invest). Investor are different, they demand more, they will find a way to plant the corn, water and fertilize them, they face certain amount of risk, the crop can be infected by pest, they may not be able to harvest them.

Pembiayaan ASB menindas?

Ketidakfahaman orang ramai ke atas pembiayaan ASB akan terus meletakkan persepsi negative ke atas institusi perbankan itu sendiri. Selling Price yang diletakkan oleh bank sering dikecam. Di cop sebagai kejam. Jom kita kira kekejaman mereka.

Pembiayaan ASB menindas?

RAJAH 1: Contoh Formula bank meletakkan selling price bagi satu asset 10.75% yang dijual berasaskan modal RM200K. Ini bermakna selling price asset tersebut adalah RM770,704 . Nett profit jualan tersebut adalah RM570,704 tetapi diberi kemudahan untuk membayar dalam tempoh 35 tahun. Nampak kejam kan? TERUSKAN BACA.


RAJAH 2: untuk menghasilkan nett profit RM570,704 tersebut, sebenarnya average annual profit bank cuma 3.93% setahun dari capital asal RM200,000. bermakna jika bank letak pada Fix Deposit pon boleh create keuntungan yang sama RM570,704 tersebut dalam tempoh 35 tahun tersebut. Kejamkah bank dengan average profit setahun 3.93%?


RAJAH 3 : Dalam Financing meletakkan Ibra'(Rebat) sebagai satu yang diwajibkan dalam guideline BNM . Ibra' dilakukan setiap bulan ke atas perbezaan selling price dengan effective rate. Effective rate sekarang 4.6% , Ibra' mungkin berkurang atau meningkat bergantung kepada kos berasaskan IBR. Berasaskan kiraan effective rate 4.6%, Ini bermakna keuntungan bersih bank sepanjang 35 tahun cuma RM202,754 berasaskan kos yang bank keluarkan atas modal asset RM200,000. Bermakna keuntungan 100% dalam tempoh 35 tahun. Kejamkah SISTEM perbankan? termenung nak kira rules 72.


RAJAH 4 : Dengan modal RM200K , untuk bank mendapatkan nett profit RM202,754 tersebut seperti Rajah 3 di atas, average profit bank setahun cuma 2.02%. keuntungan cuma 2.02%? Kalau nak tau ini tidak ditolak lagi dengan kos bayar profit pendeposit dan lain-lain kos seperti gaji staff dan sebagainya . Kejamkah perbankan?


RAJAH 5 : kalau kita ada cash 200K, letakkan dalam ASB dengan average profit setahun 8%, dalam tempoh 35 tahun, keuntungan bersih tidaklah banyak, cuma RM2,757,068Jangan risau!! tiada siapa akan cakap kita kejam dan menindas . Bank yang cuma profit RM202,754 dalam tempoh 35 tahun tu jer yang menindas. Hmm. kan. Satu lagi , kalau lepas 35 tahun value Rumah kita naik 10 Kali ganda, jangan risau, orang akan cakap kita bijak melabur, mereka takkan kata kita kejam. Yang kekal dikata kejam Cuma bank yang tolong belikan dulu untuk kita yang tiada duit cash ni 35 tahun lepas.

Thursday, 5 May 2016

Apa beza pangkalan data CCRIS dan CTOS?

CCRIS memberikan maklumat berkenaan hutang-hutang peribadi kita, yakni hutang atas nama peribadi kita.

Contoh-contoh hutang peribadi:
  1. Kad kredit
  2. Pinjaman ASB
  3. Personal loan
  4. Pinjaman kereta
  5. Pinjaman perumahan
Bank-bank tidak meluluskan permohonan pinjaman daru seseorang yang maklumat dalam CCRIS menunjukkan beliau bukan seorang yang berdisiplin dalam membayar hutang-hutangnya.
CTOS memberi maklumat berkenaan hutang-hutang kita yang berkaitan dengan urusan bisnes.
CTOS adalah senarai hitam orang-orang bisnes!

Contoh-contoh hutang bisnes:
  1. Hutang atas nama bisnes yang kita miliki. Contohnya, kita mempunyai kedai runcit. Kedai runcit kita berhutang dengan pembekal.
  2. Hutang yang dibuat oleh syarikat yang kita miliki, dan kita yang menjalankan bisnes syarikat itu.
  3. Kita menjadi penjamin hutang bank orang lain. Sebagai contoh, suami kita meminjam duit bank dan kita menjadi penjamin hutangnya. 
  4. Penjamin hutang bank yang diberikan kepada syarikat di mana kita adalah penjamin hutang syarikat itu.
  5. Kita menjadi pelanggan kepada syarikat, dan kita gagal membayar bill hutang kepada syarikat itu, sebagai contoh kita gagal membayar bill telefon, kabel TV dll servis.
Urus hutang-hutang kita dengan berdisiplin.  Pastikan nama kita tidak pernah masuk dalam senarai CTOS. Apabila nama sudah masuk senarai CTOS akibatnya:
  1. SSM tidak akan meluluskan permohonan kita mahu memasukkan nama kita dalam pendaftaran syarikat baru, baik 'enterprise', PLT mahupun sdn bhd.
  2. Bank-bank tidak akan meluluskan permohonan kita membuka akaun.
  3. Bank-bank dan syarikat finance tidak akan meluluskan permohonan untuk semua jenis loan.

Monday, 2 May 2016

Dividen Dan Bonus ASB 2010 - 2015

Dividen Dan Bonus ASB 2010 - 2015


Dividen Dan Bonus ASB 2010 - 2015



Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) adalah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) telah memaklumkan bahawa urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) ditangguhkan sementara waktu bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus dengan tempoh penangguhan Urus Niaga adalah bermula 24 Disember 2015 hingga kepada 3 Januari 2016.



Pembayaran ASB akan terus masuk dan dikreditkan ke dalam buku ASB masing - masing yang mana anda boleh  semak dan kemaskini terkini buku pelaburan anda di mana-mana cawangan asb, pejabat pos berhampiran ataupun bank maybank, CIMB, RHB di seluruh Malaysia bermula 4 Januari 2016 ini.

Para pelabur akan menerima kadar dividen ASB 2015 sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi ASB bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2015.