Thursday, 26 May 2016

Tip pelaburan dari Jehan Miskin

  1. Pay yourself first, laburkan untuk diri sendiri dahulu sebelum berbelanja untuk perkara lain;
  2. Melabur untuk jangka panjang, baru nampak kesannya kuasa pelaburan;
  3. Ia bukan mengenai jumlah pendapatan yang kita terima, tetapi berapa banyak yang mampu kita laburkan dan
  4. Mengenai pelaburan dalam hartanah, jangan menunggu untuk membeli, tetapi beli dan tunggulah kerana nilainya akan meningkat.
"Bagi saya, unit amanah ASB ini sangat istimewa. Yang hebat mengenai keluarga Jehan Miskin adalah beliau menpunyai seorang kakak yang bekerja di WALL STREET. Menurut kakak saya, Faiznur Miskin yang bertugas di Wall Street, kita tidak akan menemui pelaburan seperti ASB, yang berharga tetap dan mampu memberi pulangan konsisen, dimana-mana tempat lain di dunia. Jika adapun, ia merupakan deposit tetap yang memberi pulangan yang rendah.

Pandangan kakak saya itu memberi kesedaran kepada saya untuk terus melabur dengan ASB.

Impian saya ialah bersara dengan selesa" - Jehan Miskin, pelakon, pengarah dan pemilik syarikat produksi, Mastermind Group Sdn Bhd

Friday, 20 May 2016

Embih Bayar Motosikal Lalu ngaga Simpanan ASB

Received a call from >> A FATHER OF THREE SONS <<

WANT To save few thousand but no more option where to korek money to save.
Talk2. He said got motosikal an old one abis byr this months. Ya madah ulih save penyampau RM200 sbln.


What? That is good enough for him to start.

Aku consult iya ngambi loan asb penyampau RM30000. Udah 10 tahun BC penyampau rm30ribu ba buku Asb nn.

Keni ka apply jang,. ( manah amai kangau uncle tok)

Tajapan anak nn nadai slip gaji nn nyadi CO joint applicant.

Cun apply RM10k siko 2 loan.

Sebulan rm55 x 3 = 165.

>> for info if you invest money in Asb take almost 9-10 for it to double.<<

Ok set ko ya. Tq jang.

_ congratz apai tiga iko anak_

Bc rm30 ribu kna sekula

JefferyAbatMaramat.com
‪#‎WealthConsultant‬
Email : pa@jefferyabatmaramat.com
WhatsApp : 011-1262-1024

Thursday, 19 May 2016

BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT

Kata2 orang berpengalaman memang besar maknanya...macam ungkapan biasa tetapi penuh makna... bukannya mereka tak mahu cepat sampai ke destinasi yang nak di tuju... tetapi keselamatan jauh lebih penting dari itu.

BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT


Konsep yang sama kita boleh gunakan dalam pelaburan... ramai yang kata pulangan setahun sekali amat lambat.. dan pulangan hanya sekitar purata 3%~15% setahun terlalu sedikit... kalau bijak pon boleh dapat 30%~40% setahun sahaja... sebab itu mereka lebih tertarik dengan skim2 yang menjanjikan pulangan 100% dalam masa kurang 4 bulan...

Sebenarnya saya tak nak kupas bab ini disebabkan saya bukan mahir dalam mengenal skim2 ponzi(skim cepat kayap)... malangnya bilangan scammer terus meningkat... bilangan mangsa pon turut meningkat... orang sekeliling saya sudah ramai yang mula bertanya dan berjinak2... dan yang menariknya mereka memberikan wang hasil titik peluh mereka kepada orang lain hanya dengan jaminan kepercayaan sahaja...

Sebab itu saya selalu berpesan kepada semua, 2 sifat yang kita perlu ada ialah bijak dan jujur... jika tiada salah 1, anda akan menjadi pemangsa atau pon mangsa...

Pemangsa = bijak tetapi tak jujur...
Mangsa= jujur tetpi tidak bijak...

Berbalik pada skim2 yang terhebat ini.. antara 7 ciri yang kita boleh lihat...
  1. Jaminan 100% modal dan tiada risiko untuk rugi...
  2. Menjanjikan pulangan sangat tinggi dan pulangan tetap dalam sesuatu tempoh masa...
  3. Mendapat komisyen jika memperkenal atau mengajak rakan2 turut bersama...
  4. Tidak melakukan peniagaan sebenar hanya mengumpul dana dari yuran ahli/pelaburan ahli...
  5. Tiada kuasa/autoriti untuk mengambil/mengumpul wang dari orang awam..
  6. Syarikat tiada kawalan selia dari bank negara/suruhanjaya sekuriti malaysia...
  7. Syarikat baru ditubuhkan, kurang dari 5 tahun..


Harap kita semua HATI-HATI... trending sekarang adalah skim forex(bukan forex trading)... melaburlah dengan ilmu... bukan atas dasar nafsu,rasa dan percaya... biar lambat asal selamat...


~Az Har~

Monday, 16 May 2016

DIFFERENT BETWEEN Investor and Saver





So , from our observations , both methods have advantages and disadvantages. The main problem for self storage is a matter of discipline actually want to keep . But in this day and age , this reason no longer relevant . If the first , perhaps the reason lazy to queue up at the bank can be the cause of your problem to make investments ASB example . But in this Internet age , everything is at your fingertips. You can now make payments for Maybank 2u ( CIMB Clicks only allow only conventional accounts , Islamic accounts are not permitted ) to save your money ASB own account . So , no problem , right?

Langsaikan Hutang PTPTN Melalui EPF

Ramai lagi belum tahu rupanya bahawa semakin banyak pemohonan pinjaman tidak berjaya disebabkan tunggakkan PTPTN.


Syarat-Syarat Bagi Ahli Untuk Tujuan Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Pendidikan
Ahli layak sekiranya.
  1. Pinjaman Pendidikan dibuat dengan Institusi Kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA), Bank Rakyat, JPA, MARA, PTPTN, Yayasan Negeri, Yayasan Pendidikan Negeri, MIED, Yayasan Tenaga Nasional, Yayasan Telekom Malaysia / TMB, Petronas, Yayasan Biasiswa Tun Sambanthan, Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau mana-mana institusi yang diluluskan oleh KWSP termasuk pinjaman Pendidikan di antara majikan dengan pekerja (pelajar) untuk membiayai pengajian pekerja (pelajar) sahaja; DAN

  2. Perjanjian Pinjaman Pendidikan dibuat atas nama Pelajar atau ibu/ bapa pelajar atau kedua-duanya serta perjanjian tersebut mestilah ditandatangani pada atau selepas tarikh kuatkuasa perlaksanaan pengeluaran berdasarkan peringkat pengajian (sekiranya perjanjian atas nama ibu atau bapa, ahli (ibu atau bapa mestilah merupakan peminjam tersebut.); DAN

    Nota: Pelajar merujuk kepada ahli atau anak ahli (ahli tidak semestinya pelajar)

  3. Ahli / anak ahli mestilah sedang mengikuti pengajian atau telah berjaya menamatkan pengajian tersebut; DAN

  4. Kursus pengajian yang dibenarkan di bawah pengeluaran ini.

Cara Membayar Baki Pinjaman PTPTN Menggunakan EPF Akaun 2.

  1. Semak jumlah Akaun 2 anda dengan cara online atau cetak penyata di kiosk epf berhampiran
  2. Pergi ke kaunter PTPTN dengan membawa "Surat Akur Janji" & semak baki pinjaman semasa (boleh reprint charge RM90 kalau hilang)
  3. Berdasarkan jumlah epf akaun 2 anda, pilih sama ada hendak buat penyelesaian penuh atau sebahagian dahulu
  4. Pegawai PTPTN akan buat satu surat kepada KWSP
  5. Dalam masa 14 hari bekerja pihak PTPTN akan menghubungi anda untuk mengambil surat itu
  6. Bawa surat itu ke KWSP bersama satu(1) salinan "Surat Akur Janji" & satu(1) salinan sijil diploma/ijazah anda (Ingat bawa yang original juga)
  7. Dalam seminggu anda akan dimaklumkan melalui surat / email / sms memberitahu permohonan anda berjaya

*** Sila betulkan kalau ada kesilapan atau pembaharuan prosedur

Sunday, 15 May 2016

4 Sebab Kenapa Kita Tidak Bertindak

Tidak tahu mahu bermula di mana.
Tidak tahu ruang masa bertindak.
Tidak tahu berapa yang mahu dikumpul.
Tidak tahu apa yang pertama patut dilakukan.

Akhirnya, azam hanya tinggal azam, sedar tinggal sedar, tahu tinggal tahu.
Bersedia untuk fokuskan tenaga dan masa dalam tiga hingga lima tahun ini. Ini tempoh yang penting tentang masa depan kita. Masa adalah sangat, sangat, sangat singkat. Katakan pada diri sendiri:
”Saya perlu berubah. Berubah mengundang peluang. Berubah cepat, mengundang peluang yang cepat.”

4 Sebab Kenapa Kita Tidak Bertindak

Langkah Pertama !
#1 – Tahu Di Mana Mahu Bermula
Ambil sehelai kertas kosong. Senaraikan semua harta yang ada. Mula-mula, tulis di atas kertas, semua simpanan tunai yang ada. Kemudian tuliskan semua harta yang ada, berapa nilai rumah, berapa nilai ekar tanah, berapa nilai emas, berapa nilai saham, berapa nilai perniagaan yang diusahakan sekarang. Semakin banyak, semakin bagus. Jika tidak ada, tidak mengapa. Jumlahkan, dan tuliskannya besar-besar. Jika mahu, tuliskan semua hutang dan tanggungan pula! Ya jumlahnya tuliskan besar-besar. Baik, letak jari telunjuk di dahi, sambil melihat angka yang besar tadi berkatalah pada diri sendiri, ”Di sini aku bermula!”

#2 – Tahu Ruang Masa Tindakan
Sekali lagi, ambil sehelai kertas kosong. Tuliskan umur kita mahu bebas kewangan. Jangan tulis pada umur 58 tahun. Itu umur pencen, sekian. Tolakkan dengan umur kamu sekarang. Jawapannya tulis besar-besar. Contoh; 45 (umur mahu bebas kewangan) – 35 (umur sekarang) = 10 tahun.
Sekali lagi letakkan jari telunjuk di dahi, berkatalah sambil melihat angka yang besar itu, ”Inilah masa untuk bertindak!”

#3 – Berapa Jumlah yang Mahu Dikumpul
Ambil sehelai kertas lagi. Tuliskan perkara ini. Katakanlah, kita akan hidup sihat sehingga 70 tahun. Katakanlah juga, dengan gaya hidup sederhana mewah, kos hidup anda ialah RM90,000 setahun. Umur persaraan kita adalah 70 – 45 (umur bebas kewangan tadi) ialah 30 tahun. Maka tuliskan kos hidup setahun tadi, darab dengan 30 tahun iaitu (RM90,000 X 30) = RM2,700,000. Tuliskan angka jawapan itu besar-besar. Ini adalah contoh, sesuaikan dengan jangkaan kos hidup masing-masing. Buat kali terakhir letakkan jari telunjuk di dahi, berkatalah sambil menyebut angka jawapan tadi,
“Aku perlu kumpulkan RM2.7 juta untuk bebas kewangan!”

#4 – Tahu Tindakan Pertama yang Perlu Dilakukan
Maka sekarang sudah jelas tanpa perlu bersuluh:
Saya ada bekal RM1200 sahaja simpanan tunai.
Saya ada masa 10 tahun untuk bertindak.
Saya perlu mengumpul RM 2.7 juta.

Maka, mengapa tunggu esok untuk bermula? Kita tidak ada banyak masa lagi. Berhenti buang masa. Berhenti mengeluh. Jika orang lain boleh lakukannya, mengapa tidak kita? Mari mula berniaga. Mari cari peluang. Bebas kewangan seperti larian olahraga. Garis mula sudah sangat jelas. Baiklah, tembak mula akan berbunyi, mari lari laju. Lebih laju lebih bagus. Jumpa lagi nanti.

C/p : Nak Bisnes